Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan Enam Warga Asing Jadi Buruh Paksa

Diterbitkan: 12 Aug 2022 5.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 12 Ogos 2022 - Lain dijanjikan lain pula terjadi. Itu nasib malang menimpa enam warga asing dijadikan buruh paksa oleh sekumpulan ejen pekerjaan yang aktif menjerat ramai mangsa di daerah ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selamatkan-enam-warga-asing-jadi-buruh-paksa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT
Klang, 12 Ogos 2022 - Lain dijanjikan lain pula terjadi. Itu nasib malang menimpa enam warga asing dijadikan buruh paksa oleh sekumpulan ejen pekerjaan yang aktif menjerat ramai mangsa di daerah ini.

Mangsa sebelum ini dijanjikan bekerja di kilang dengan tawaran gaji lumayan sebelum dipaksa bekerja tanpa imbuhan setimpal sebaik tiba di Malaysia.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Cha Hoong Fong berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian D3 diketuai Ketua Penolong Pengarah (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuat serbuan di Kampung Sungai Udang," di sini jam 6.30 petang, Selasa lalu.

"Semasa serbuan, polis menangkap empat suspek warga tempatan termasuk seorang perempuan warga asing berusia 38 hingga 43 yang juga ejen pekerjaan.

"Polis turut merampas 20 pasport dan wang tunai RM13,600 yang dipercayai gaji pekerja," katanya.

Dalam operasi ini, enam mangsa warga asing membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Bacaan lanjut seperti keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 8 people, people sitting, people standing and text that says 'Oleh Ruwaida Md am@hmetro.com.my Zain Janji bahagia Klang bugh dapat derit
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2022 5.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM