Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Gempur Tahan 220 Penagih

Published: 22 Jan 2022 3.47 AM Updated: 15 Aug 2026 6.38 PM
Johor Bahru, 22 Januari 2022 - Seramai 220 individu termasuk tiga warga asing ditahan dalam Op Tapis selepas sarang penagihan dadah di Kampung Melayu Pandan, di sini digempur polis, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-gempur-tahan-220-penagih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT
Johor Bahru, 22 Januari 2022 - Seramai 220 individu termasuk tiga warga asing ditahan dalam Op Tapis selepas sarang penagihan dadah di Kampung Melayu Pandan, di sini digempur polis, semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, berkata semua lelaki yang ditahan itu berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun yang menjadikan beberapa lokasi di kampung itu sebagai “port” melepas gian.

Beliau berkata, Kampung Melayu Pandan adalah antara 12 kawasan panas sarang penagihan dadah yang dikenal pasti di negeri ini.

"Kami akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencari penyelesaian demi memerangi dadah. Masalah ini tiada kesudahannya jika tiada tindakan berterusan," katanya di lokasi serbuan.

Dato’ Kamarul Zaman berkata, semua yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text
ArticlePublished 22 Jan 2022 3.47 AMUpdated 15 Aug 2026 6.38 PM