Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Sanggup Gadai Akaun Bank Demi Tawaran Wang Lumayan

Diterbitkan: 22 Jan 2022 2.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.39 PM
Shah Alam, 22 Januari 2022 - Memperdaya selain menawarkan sejumlah wang untuk mendapatkan akaun bank milik individu menjadi medium sindiket penipuan Macau Scam dan pinjaman tidak wujud.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-sanggup-gadai-akaun-bank-demi-tawaran-wang-lumayan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Shah Alam, 22 Januari 2022 - Memperdaya selain menawarkan sejumlah wang untuk mendapatkan akaun bank milik individu menjadi medium sindiket penipuan Macau Scam dan pinjaman tidak wujud.

Pelbagai kes dilaporkan, malah ada mangsa yang ditawarkan sejumlah wang untuk menyerahkan kad, namun tanpa disedari kad akaun itu digunakan untuk tujuan jenayah.

Secara tidak langsung, mereka yang menyerahkan kad bank tidak kira secara sedar atau tidak, telah terbabit sebagai keldai akaun dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mendedahkan lebih lanjut, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kewangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ACP Tuan Mazelan Paijan berkata, keldai akaun adalah akaun milik individu lain yang digunakan penjenayah untuk melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Katanya, wang hasil kegiatan haram itu dimasukkan ke dalam akaun terbabit yang berperanan sebagai akaun tumpang atau akaun transit.

“Sewaktu pandemik, ramai yang kehilangan pekerjaan, jadi secara tidak langsung ramai di luar sana terdesak mencari pekerjaan hingga ada yang tanpa menyelidik dengan lebih lanjut dengan tawaran yang diberikan," katanya menerusi bual bicara khas di Bukit Aman baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎8 people, people standing and ‎text that says '‎Sindiket penipuan aktif dapatkan milik individu untuk dijadikan keldai akaun AMIN

May be an image of 5 people, people standing and text
 
ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2022 2.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.39 PM