Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Berkas Lima Individu Rampas Dadah Bernilai Rm1 85 Juta

Diterbitkan: 07 Aug 2024 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 7 Ogos 2024 - Kegiatan lima individu termasuk pasangan anak beranak mengedar dadah di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam tidak bertahan lama apabila mereka diberkas polis baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-berkas-lima-individu-rampas-dadah-bernilai-rm1-85-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:17 MYT
Johor Bahru, 7 Ogos 2024 - Kegiatan lima individu termasuk pasangan anak beranak mengedar dadah di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam tidak bertahan lama apabila mereka diberkas polis baru-baru ini.

Kelima-lima suspek berusia 28 hingga 59 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan pada 31 Julai lalu. Selain tangkapan, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.85 juta.

Antara dadah dirampas ialah 10.9 kilogram (kg) serbuk Ekstasi, 95 gram (g) Ketamin, 3.45g Syabu, 24.12g pil Ekstasi dan 155g pil Eramin 5.

“Polis menyita empat buah kereta, motosikal, jam tangan berharga RM20,000, wang tunai RM78,000 dan barang kemas bernilai RM52,735. Nilai kesemua rampasan adalah RM2.38 juta," kata Ketua Polis Johor,CP M. Kumar S. Muthuvelu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Menurutnya lagi, siasatan awal pihak polis mendapati sindiket tersebut bergiat aktif sejak sebulan lalu. Rampasan dadah yang dibuat itu boleh digunakan seramai 37,496 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar Kosmo.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2024 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM