Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Perhilitan Pdrm Buru Saki Baki Geng Ninja Turtle Rampas Cangkerang Bernilai Rm1 Juta

Diterbitkan: 07 Aug 2024 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2024 – Kepercayaan mitos kononnya corak tertentu pada cangkerang kura-kura boleh memberikan tuah dan kekayaan kepada pemiliknya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-perhilitan-pdrm-buru-saki-baki-geng-ninja-turtle-rampas-cangkerang-bernilai-rm1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2024 – Kepercayaan mitos kononnya corak tertentu pada cangkerang kura-kura boleh memberikan tuah dan kekayaan kepada pemiliknya.

Itu sebahagian punca pelbagai spesies kura-kura dilindungi berasal dari India, Bangladesh, Pakistan dan Afrika giat diseludup ke negara ini.

Terbaharu, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan reptilia itu membabitkan rampasan hampir RM1 juta, kelmarin.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) diketuai pegawai Wildlife Crime Unit PERHILITAN, Celescoriano Razond turut disertai enam anggota Cawangan Risik Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Difahamkan risikan dilakukan sejak dua minggu lalu bagi mengesan serpihan geng penyeludupan spesies kura-kura dilindungi dan hampir pupus dari India serta benua Afrika.

“Dalam operasi jam 4.23 petang kelmarin, kami menyerbu sebuah rumah di Cheras, di sini.

“Seorang lelaki tempatan berusia 50-an diarah membuka pintu sebelum pihak berkuasa menemui empat lagi individu termasuk dua warga Kemboja.

“Hasil pemeriksaan dilakukan di rumah itu menemui pelbagai hidupan liar dilindungi antaranya lima kura-kura Indian Star Tortoise, seekor kura-kura Pig Nosed Turtle, seekor kura-kura Sulcata dan seekor kura-kura Leopard Tortoise.

“Selain itu, PERHILITAN turut merampas gading gajah dan satu tengkorak buaya di premis sama.

“Pemilik rumah gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkan menyimpan hidupan liar berkenaan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar Harian Metro.

May be an image of ‎slow loris and ‎text that says '‎PERHILITAN BURU SAKI-BAKI GENG NINJA TURTLE Rampas cangkerang 'ong' RM1j Oleh Mohd Jam
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2024 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM