Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Permintaan Dijangka Meningkat Susulan Thailand Halal Ketum Pengarah Jsjn

Published: 25 Aug 2021 1.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berkata, aktiviti penyeludupan tumbuhan itu juga mungkin akan semakin meningkat kerana permintaan bahan terlarang itu akan bertambah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-permintaan-dijangka-meningkat-susulan-thailand-halal-ketum-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021 - Permintaan daun ketum di negara ini dijangka meningkat susulan tindakan kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai dadah berbahaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berkata, aktiviti penyeludupan tumbuhan itu juga mungkin akan semakin meningkat kerana permintaan bahan terlarang itu akan bertambah.

“Sebelum kerajaan negara itu mengumumkan perkara itu, permintaan ketum di Malaysia pada ketika ini pun tinggi, hasilnya rampasan ketum di Perlis dan Kedah juga banyak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Dato’ Razarudin bagaimanapun memaklumkan, kawalan sempadan negara yang ketat melalui Op Benteng akan menyukarkan aktiviti sindiket penyeludupan ketum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya akan melipatgandakan penugasan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand untuk mengekang individu atau kumpulan sindiket penyeludupan ketum.

“Kita akan memberkas individu atau sindiket yang menggunakan laluan ‘tikus’ di sempadan untuk menyeludup tumbuhan itu,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Permintaan ketum dijangka meningkat Tindakan Thailand berkata aktiviti Razarudin Husain keluarkan tumbuhan
ArticlePublished 25 Aug 2021 1.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM