
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Anak Anak Rindukan Cerita Kisah Perjuangan Menentang Komunis Bersyukur Pdrm Jaga Kebajikan Bapa
Bekas anggota Senoi Praaq, Hussin Sanit, 82, yang mempunyai 23 anak dan kesemua mereka membesar dengan mendengar dia bercerita tentang keadaan negara yang berd...
Gua Musang, 25 Ogos 2021 - Bekas anggota Senoi Praaq, Hussin Sanit, 82, yang mempunyai 23 anak dan kesemua mereka membesar dengan mendengar dia bercerita tentang keadaan negara yang berdepan ancarnan komunis era 1960-an.
Selepas mereka dewasa dan masing-masing sudah berkeluarga, wira negara itu bercerita pula kisah sama kepada lebih 100 cucu, cicit serta piut kerana mahu mereka menjadikannya sebagai pedoman.
Hari ini, keluarga besar itu amat rindu mahu mendengarnya lagi, namun, tidak kesampaian kerana Hussin kini terlantar tidak berdaya di rumahnya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan di sini akibat serangan strok, tiga tahun lalu.
"Kami selaku pewaris bangga dengan semangat kental ayah bertugas demi negara. Antara paling saya kagum, ayah pemah berjalan kaki seorang diri dari Kuala Betis ke Perak kerana ditugaskan menjaga keselamatan Orang Asli di sana.
"Sejak ayah terlantar sakit, kami tidak lagi mendengar ceritanya hidup di zaman komunis yang membuat kami semua insaf sekaligus mengambil iktibar supaya cintakan tanah air sendiri," katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini semalam.
"Kini, ayah bergantung sepenuhnya kepada susu yang diberi minum melalui tiub khas. Kami bersyukur kerana pihak PDRM sering bertanya khabar dan menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kami menjaga ayah," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.