
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pengedaran Terbantut Tapi Pengeluaran Tetap Dilakukan
Petaling Jaya, 15 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa menjalankan risikan secara ‘aggressiv...
Petaling Jaya, 15 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa menjalankan risikan secara ‘aggressive investigation’ dalam usaha memerangi kewujudan makmal dadah sekali gus membanteras kegiatan itu.
Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, kegiatan pengedaran dadah dalam negara agak 'terbantut’ selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Bagaimanapun, operasi pemprosesan dan pengeluaran dadah tetap dijalankan oleh sindiket-sindiket dan ini menyebabkan lambakan dadah di dalam negara seperti yang kita saksikan rampasan di Johor pada Januari lalu.
"Mereka (sindiket) juga didapati cuba mengeksport dadah ke luar negara, namun ia sukar dilakukan akibat kawalan sempadan yang ketat termasuk kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan laut atau udara sepanjang tempoh PKP," katanya kepada Kosmo baru-baru ini.
Menurut beliau, Heroin dan Syabu adalah dadah paling popular diproses di Malaysia.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.
Sumber: Kosmo