Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #PKPB #PKPP. #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 15 Feb 2021 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,385 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210215
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:52 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 68,385 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,310 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,175 anggota telah membuat pemantauan di 6,014 buah restoran, pasar raya (4,335), bank (4,049), penjaja (2,347), kilang (1,671) dan pejabat kerajaan (889).

Turut dipantau ialah 1,174 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (235) dan terminal pengangkutan udara (97).

Semalam, seramai 680 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 610 dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Tiada penjarakan fizikal (146)
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (117)
 Aktiviti pusat hiburan (106)
 Tidak memakai pelitup muka (86)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (64)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (36)
 Membawa penumpang berlebihan (25)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23)
 Lain-lain (77).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (12 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/

https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#12022021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: KPN (Ko
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2021 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM