
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Nenek Antara Empat Ahli Sindiket Dadah Kena Tahan
Johor Bahru, 11 Mei 2024 - Wanita warga emas berusia 75 tahun antara empat yang ditahan disyaki terbabit kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di...
Johor Bahru, 11 Mei 2024 - Wanita warga emas berusia 75 tahun antara empat yang ditahan disyaki terbabit kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di rumah atas air di Pontian.
Katanya, serbuan dijalankan antara jam 1.30 pagi hingga 12 tengah hari, hasil risikan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Sabtu lalu.
“Pihak polis menahan empat suspek tempatan, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 59 tahun. Suspek wanita berusia 75 tahun adalah kakak kepada salah seorang suspek lelaki yang turut ditahan bersama ketika serbuan.
“Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini adalah menjadikan rumah atas air sebagai tempat pemprosesan dan tempat pembungkusan semula dadah, sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Rumah atas air itu adalah rumah dua beradik terbabit dan bukan rumah sewa. Rumah biasa sebab sebelum ini lokasi yang dijadikan kegiatan seumpama ini adalah kawasan perumahan berpengawal seperti pangsapuri yang dikawal ketat, tetapi yang ini seperti rumah biasa,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, semalam.