
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Helah Sembunyi Syabu Dalam Bongkah Lilin Terbongkar
Shah Alam, 11 Mei 2024 - Taktik sindiket penyeludupan dadah dengan menyembunyikan bahan terlarang itu dalam bekas tin yang mengandungi bongkahan lilin dibongka...
Shah Alam, 11 Mei 2024 - Taktik sindiket penyeludupan dadah dengan menyembunyikan bahan terlarang itu dalam bekas tin yang mengandungi bongkahan lilin dibongkar dalam serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitarnya, pada 1 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, berkata dalam serbuan itu polis menahan empat lelaki tempatan berusia 25 hingga 55 tahun.
Beliau berkata, polis merampas 24 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai RM768,000 dipercayai cuba diseludup ke Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan.
Katanya, kejayaan itu bermula dengan penahanan seorang lelaki di Terminal KLIA jam 6.45 pagi pada 1 Mei lalu, bersama 6kg Syabu yang disembunyikan dalam bekas tin mengandungi bongkahan lilin.
“Susulan itu, tiga lagi lelaki ditahan di sebuah bilik hotel berdekatan KLIA dan polis merampas 18kg dadah yang disembunyikan dalam enam tin lilin.
“Semua dadah dirampas dianggarkan bemilai RM768,000 dan dipercayai untuk pasaran Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.