Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ketamin Bernilai Rm2 13 Juta Dirampas

Published: 01 Aug 2023 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ketamin-bernilai-rm2-13-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT
Iskandar Puteri, 1 Ogos 2023 - Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal memproses Ketamin dan merampas dadah bernilai lebih RM2.13 juta, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan jam 7.30 malam, 25 Julai lalu, tiga lelaki warga tempatan ditahan bersama sejumlah dadah dan pelbagai peralatan dipercayai untuk memproses Ketamin.
Beliau berkata, susulan itu serbuan kedua turut dijalankan di sekitar kawasan Iskandar Puteri pada jam 12 tengah malam, 26 Julai lalu dan seorang lelaki warga asing ditahan di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.

“Modus operandi kegiatan sindiket ini adalah menjadikan sebuah kilang yang disewa untuk memproses dadah. Mereka dipercayai sudah aktif sejak April lalu.
“Kita berjaya membuat rampasan 4.63 kilogram (kg) Ketamin dan 166 liter cecair Ketamin yang keseluruhannya bernilai lebih RM2.13 juta.

“Empat suspek yang ditahan dipercayai adalah mereka yang berpengetahuan dalam kerja memproses dadah dan turut berperanan menguruskan kilang berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online di lampiran.

 
ArticlePublished 01 Aug 2023 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM