Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert 5 Strategi Perangi Penipuan Kewangan Online

Diterbitkan: 01 Aug 2023 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan kerjasama dengan institusi kewangan utama bagi memerangi penipuan kewangan dalam talian. Oleh itu, semua bank utama di Malaysia sudah melaksanakan langkah balas yang diumumkan oleh bank pusat berkenaan pada September 2022.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-5-strategi-perangi-penipuan-kewangan-online
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan kerjasama dengan institusi kewangan utama bagi memerangi penipuan kewangan dalam talian. Oleh itu, semua bank utama di Malaysia sudah melaksanakan langkah balas yang diumumkan oleh bank pusat berkenaan pada September 2022.

Lima langkah balas yang diumumkan pada September 2022 merangkumi keperluan untuk bank berhijrah daripada SMS One Time Passwords (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat, mengetatkan peraturan pengesanan penipuan bank dan pencetus bagi mengesan termasuk menyekat transaksi yang mencurigakan, tempoh pengesahan dan penyejukan untuk pendaftaran kali pertama perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat, menghadkan bilangan peranti berdaftar ke satu peranti dan mewujudkan talian khas penipuan untuk mangsa menghubungi bank bagi melaporkan kejadian penipuan dengan segera.

Ikuti temu bual eksklusif bersama Timbalan Gabenor BNM, Dato' Marzunisham Omar yang mengupas secara lanjut mengenai lima strategi perangi penipuan kewangan online menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2023 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM