Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kekalkan Kanabis Dalam Akta Dadah Tindakan Tepat

Diterbitkan: 06 Dec 2020 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2020 - Keputusan Malaysia mengekalkan kanabis dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah tindakan tepat kerana isu penyalahgunaan bahan itu masih berleluasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-kekalkan-kanabis-dalam-akta-dadah-tindakan-tepat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:25 MYT

Kuala Lumpur, 6 Disember 2020 - Keputusan Malaysia mengekalkan kanabis dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah tindakan tepat kerana isu penyalahgunaan bahan itu masih berleluasa.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, yang menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, penyalahgunaan kanabis dalam kalangan masyarakat ketika ini mengundang pelbagai masalah lain.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak boleh memberi kebebasan terhadap aspek penanaman atau penggunaan kanabis seperti dilaksanakan beberapa negara lain.
"Saya sokong keputusan kerajaan seperti dinyatakan KDN kerana kanabis wajar dikawal dan dihalang, melainkan mempunyai kebaikan perubatan.

"Untuk tujuan ini, ada disebut menerusi peruntukan Seksyen 6B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menggariskan pengecualian tanaman kanabis untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, eksperimen atau perubatan.

"Kawalan kanabis masih diperlukan di Malaysia kerana rampasan bahan ini oleh pihak berkuasa masih tinggi, malah rekod penyalahgunaan kanabis dalam bentuk ganja bagi tujuan khayal juga masih 'mencanak'," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Kekalkan Kanabis Dalam Akta Dadah Tindakan Tepat
ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2020 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM