
Artikel
Posting Pilihan Kepulangan Wira Negara Disambut Dengan Lambaian Dan Sorakan
Bidor, 6 Disember 2020 - Wira negara, Sarjan Norihan Tari dari Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya dibenarkan keluar da...
Bidor, 6 Disember 2020 - Wira negara, Sarjan Norihan Tari dari Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang hari ini, setelah menjalani rawatan akibat terkena tembakan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.
Kepulangan Sarjan Norihan yang amat dinanti-nantikan itu dirai dalam satu majlis ringkas di Batalion 3, PGA, di sini dengan lambaian dan sorakan "Selamat Pulang Wira Negara" oleh pegawai pemerintah, Superintendan Rosman Kasman dan isteri, Puan Zuraini Majid bersama para pegawai dan anggota yang menunggu di kiri serta kanan jalan.
Majlis juga diserikan dengan persembahan Tarian Perang oleh Platun Tracker sebagai tradisi Senoi Praaq bagi menyambut ketibaan wira negara.
Turut berlangsung adalah penyampaian sumbangan kepada Sarjan Norihan dan Puan Relow Ko, balu kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang terkorban akibat cedera parah yang dialami dalam insiden sama.
Seluruh warga PDRM mendoakan kesembuhan segera buat Sarjan Norihan dan semoga keluarga mendiang Sarjan Baharuddin tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua wira negara ini akan dikenang buat selama-lamanya.
Sumber: