Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Penagih Cilik Semakin Serius

Diterbitkan: 15 Nov 2020 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 November 2020 - Setiap bulan purata 315 kanak-kanak dan remaja dikesan terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah dengan Kelantan merekodkan kes paling ramai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-jumlah-penagih-cilik-semakin-serius
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:46 MYT

Kuala Lumpur, 15 November 2020 - Setiap bulan purata 315 kanak-kanak dan remaja dikesan terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah dengan Kelantan merekodkan kes paling ramai.

Mengikut statistik Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dalam tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga Jun lalu, secara kumulatifnya, sebanyak 9,458 pelajar sekolah rendah hingga menengah berumur 12 hingga 20 tahun terjebak dengan gejala tidak sihat tersebut.

Ini sekali gus menunjukkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dikesan berlaku seawal 12 tahun.

AADK juga menjelaskan, jumlah kes yang sudah direkodkan dalam data 2018 mungkin dibawa ke 2019 (kumulatif) jika individu terlibat belum tamat tempoh pengawasan.

Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pengarah AADK, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,289 remaja berusia 13 sehingga 18 tahun terlibat dengan dadah.

Kata Dato’ Sri Zulkifli, 17 lagi dicatat-kan dalam tempoh sama iaitu mereka yang berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, penagihan dalam kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun tiada direkodkan setakat ini. Sebaliknya ketagihan dadah di bawah kategori belia berusia 19 sehingga 39 tahun masih tinggi apabila sebanyak 249,284 direkodkan dalam tempoh tiga tahun ini.

"Kewujudan pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa menyebabkan remaja dan pelajar-pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan kegiatan penyalahgunaan dadah," katanya di sini semalam.�

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: text that says 'Purata sebulan 315 kanak-kanak, remaja ambil dadah Penagih cilik serius MASZUREEN Antidadah Kebangsaan (AADK) enhadzman@
No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2020 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM