Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan 33 Pekerja Pembersihan Yang Dijadikan Hamba Abdi

Diterbitkan: 15 Nov 2020 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 November 2020 - RM396,000 setahun. Itu hasil diperoleh tiga beradik yang juga wanita tempatan dengan menjadikan 33 pekerja syarikat pembersihan terdiri daripada warga asing sebagai 'hamba abdi'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selamatkan-33-pekerja-pembersihan-yang-dijadikan-hamba-abdi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:50 MYT

Kuala Lumpur, 15 November 2020 - RM396,000 setahun. Itu hasil diperoleh tiga beradik yang juga wanita tempatan dengan menjadikan 33 pekerja syarikat pembersihan terdiri daripada warga asing sebagai 'hamba abdi'.

Difahamkan, tiga beradik terbabit mewarisi perniagaan berkenaan daripada arwah ibu mereka dan aktif menjalankan kegiatan itu sejak tahun 2015 hingga kini.

Sumber memaklumkan, sejak lima tahun lalu, tiga beradik terbabit yang berusia 30an itu sudah mengaut pendapatan hingga RM1.9 juta dengan menjadikan wanita warga Indonesia dan Kemboja itu sebagai 'hamba abdi'.

Katanya, semua mangsa yang bekerja tidak dibayar gaji sepanjang tempoh berkenaan sebaliknya hanya diberi makan dan dikurung dalam asrama.

Tindakan tiga beradik itu bagaimanapun terbongkar selepas anggota Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melakukan serbuan di lima premis sekitar Melaka, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2020 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM