Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Jeli Jus Dadah Bernilai Rm3 44 Juta Dirampas

Diterbitkan: 09 Aug 2024 2.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.49 PM
Johor Bahru, 9 Ogos 2024 - Satu sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah yang aktif sejak Jun lalu tumpas selepas dua lelaki ditahan bersama dadah pelbagai jenis dadah seberat lebih 20 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3.44 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-jeli-jus-dadah-bernilai-rm3-44-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT
Johor Bahru, 9 Ogos 2024 - Satu sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah yang aktif sejak Jun lalu tumpas selepas dua lelaki ditahan bersama dadah pelbagai jenis dadah seberat lebih 20 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3.44 juta.
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, hasil maklumat dan risikan, polis menahan suspek pertama iaitu lelaki berusia 33 tahun kira-kira pukul 9 pagi di tepi Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini, Sabtu lalu.
Katanya, pemeriksaan ke atasnya menemukan sejumlah jenis dadah sebelum berjaya membongkar aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan.
“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menjadikan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta di sebuah apartmen sebagai tempat simpan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Hasil pemeriksaan, dadah yang dirampas itu dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, jus minuman, pil dan juga jeli yang telah dicampur dengan Ekstasi.
“Ini adalah yang pertama dikesan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar Kosmo.
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2024 2.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.49 PM