Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Jemputan Format Apk Ke Telefon Mungkin Scammer

Diterbitkan: 09 Aug 2024 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 9 Ogos 2024 - Menerima jemputan seperti kad kahwin, majlis keraian, jualan rumah murah, beli durian dan khidmat bersih rumah menerusi fail dalam format Kit Pakej Android (APK) adalah cara baharu "scammer" mencari mangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-jemputan-format-apk-ke-telefon-mungkin-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:25 MYT
Petaling Jaya, 9 Ogos 2024 - Menerima jemputan seperti kad kahwin, majlis keraian, jualan rumah murah, beli durian dan khidmat bersih rumah menerusi fail dalam format Kit Pakej Android (APK) adalah cara baharu "scammer" mencari mangsa.
Semua jemputan tersebut turut mengandungi perisian hasad atau "malware" yang boleh menggodam telefon pintar seterusnya mengakses dan mengambil alih akaun mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, apabila mangsa memuat turun dan memasang aplikasi berkenaan, penjenayah memperoleh akses penuh terhadap telefonnya tanpa disedari.
“Akses ini membolehkan penjenayah mendapatkan maklumat dan data mereka menerusi "malware" yang tertanam dalam file APK tersebut.
“Apabila ini berlaku, akaun mereka boleh diambil alih penjenayah selain menipu senarai rakan yang ada dalam telefon bimbit mangsa untuk memperdaya,” katanya semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar Utusan Malaysia.
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2024 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM