
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Rakan Ditahan Bersama 21 Kg Heroin
Ipoh, 7 Mei 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 21 kilogram (kg) berniiai RM262,275 dalam serbuan di Jalan Medan Simpang dekat Simpang,...
Ipoh, 7 Mei 2024 - Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 21 kilogram (kg) berniiai RM262,275 dalam serbuan di Jalan Medan Simpang dekat Simpang, Taiping Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd. Yusri Hj. Hassan Basri berkata, ketika serbuan dibuat, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan, berada dalam kereta Proton Waja.
Katanya, pemeriksaan dalam kereta menemukan guni berisi 46 bungkus plastik lutsinar dengan setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin.
“Anggaran berat keseluruhan dadah berjumlah 21,037.10 gram. Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 20,000 penagih.
“Kedua-dua suspek direman enam hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.