Artikel
Artikel Pilihan Penyalahgunaan Nps Jadi Cabaran Global Baharu Timbalan Kpn
Isu yang bersifat rentas sempadan ini memerlukan kerjasama kukuh antara agensi penguatkuasaan undang-undang di peringkat global, kata Timbalan Ketua Polis Nega...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Selain jenayah siber, penyalahgunaan Bahan Psikoaktif Baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Isu yang bersifat rentas sempadan ini memerlukan kerjasama kukuh antara agensi penguatkuasaan undang-undang di peringkat global, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
"Pertumbuhan pesat teknologi maklumat malangnya telah meningkatkan aktiviti jenayah siber dan penyalahgunaan NPS secara global. Peningkatan penggunaan peranti digital, kaedah penyulitan dan perkhidmatan tanpa nama menimbulkan cabaran teknikal yang kompleks bagi agensi penguatkuasaan undang-undang.
"Sifat jenayah ini yang merentasi sempadan menyukarkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk meneruskan tindakan undang-undang kerana batasan bidang kuasa. Oleh itu, kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang pelbagai negara amat penting dalam menangani cabaran ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucap tamanya selepas merasmikan Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Bahan yang dianjurkan bersempena dengan Defence Services Asia (DSA) and National Security (NATSEC) Asia 2024 di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
