Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Sintetik Tanpa Bau Lebih Selamat

Published: 13 Apr 2023 8.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tiada bau pelik ketika digunakan berbanding dadah tradisional menyebabkan pengunjung pusat hiburan gemar menggunakan dadah sintetik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-sintetik-tanpa-bau-lebih-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:47 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Tiada bau pelik ketika digunakan berbanding dadah tradisional menyebabkan pengunjung pusat hiburan gemar menggunakan dadah sintetik.

Ini menyebabkan mereka berasa lebih selamat selain mengelak kegiatan penagihan dihidu pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga jenis dadah (Ketamin, pil Ekstasi dan pil Eramin 5) banyak diedarkan di pusat hiburan kerana ia mudah digunakan dan tidak memerlukan peralatan ketika mengambilnya.

Beliau berkata, pada tahun 2021, JSJN menjalankan 175 serbuan di pusat hiburan sebelum 5,122 individu diperiksa dan 723 disyaki positif dadah.

“Manakala sepanjang tempoh 2022, sebanyak 920 serbuan dilakukan dengan 16,378 individu diperiksa dan 1,835 ditahan kerana positif dadah,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

No photo description available.
ArticlePublished 13 Apr 2023 8.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM