Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Rm2 1 Juta Ditinggal Di Tebing Sungai Golok

Published: 06 Jul 2021 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Tuan Abdullah Muhammad Piah berkata, kejadian dikesan pada jam 4.30 petang, ketika sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, melakukan rondaan di kawasan terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dadah-rm2-1-juta-ditinggal-di-tebing-sungai-golok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Tumpat, 6 Julai 2021 - Polis merampas 36 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dan 8.4 kg Heroin Base, dianggarkan bernilai RM2.1 juta yang ditinggalkan di tebing Sungai Golok berhampiran Pulau Tengkorak, di sini, petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Tuan Abdullah Muhammad Piah berkata, kejadian dikesan pada jam 4.30 petang, ketika sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan, anggotanya ternampak kelibat dua lelaki beredar tergesa-gesa dari tebing menaiki bot enjin galah menghala ke Takbai, Thailand.

"Hasil pemeriksaan dijalankan anggota mendapati ada dua bungkusan di atas batu di tepi tebing sungai dan mengesyaki ada sesuatu mencurigakan.

"Susulan itu, pasukan bertindak membuat pemerhatian selama 15 jam di kawasan itu, namun tiada sesiapa muncul mengambil bungkusan berkenaan.

Tuan Abdullah berkata, semua dadah dirampas boleh menampung keperluan 222,000 penagih dan pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pembekal serta penerima dadah dirampas itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 06 Jul 2021 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM