
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dadah Bernilai Hampir Rm800 Ribu Dirampas
Johor Bahru, 23 Mac 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan 127.73 kilogram (kg) membabitkan nilai hampir RM800,000 melalui lima se...
Johor Bahru, 23 Mac 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan 127.73 kilogram (kg) membabitkan nilai hampir RM800,000 melalui lima serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Kulai pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, berkata serbuan antara jam 9 malam hingga 9.40 malam itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN negeri di dua kediaman, dengan enam lelaki berusia antara 32 hingga 46 tahun dipercayai ahli sindiket turut ditahan.
Mengulas lanjut, katanya, dadah dirampas membabitkan 107.07kg Ganja, 10.31kg Heroin, 9.93kg Syabu dan 422 gram 'Magic Mushrooms'.
"Selain dadah, polis turut merampas sepucuk pistol jenama Baretta bersama satu kelopak dan enam peluru hidup.
"Kita juga menyita enam kereta bernilai RM215,000, wang tunai RM13,400 serta mata wang asing baht Thailand, pesos Filipina dan dolar Singapura bernilai RM7,184," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, semalam.
"Semua enam suspek kini direman tujuh hari bermula Ahad lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.