
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim pada hari ini, 23 Mac 2022 (Rabu) bersamaan 20 Syaaban 1443 Hijrah.
Semoga Allah lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.