Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Akta Baharu Fokus Inisiatif Pulih Rawat Penagih Dadah

Diterbitkan: 20 Feb 2021 3.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Februari 2021- Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 akan membolehkan lebih ramai penagih dan individu yang menyalahgunakan dadah dipulihkan, bukannya dipenjarakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-akta-baharu-fokus-inisiatif-pulih-rawat-penagih-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:53 MYT

Kuala Lumpur, 20 Februari 2021- Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 akan membolehkan lebih ramai penagih dan individu yang menyalahgunakan dadah dipulihkan, bukannya dipenjarakan.

Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, tahun ini dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan akan direalisasikan melalui penggubalan rang undang-undang baharu itu.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan stigma masyarakat yang memandang negatif individu terbabit menyalahgunakan dadah dan golongan penagih.

"Selain itu, ia juga memudahkan integrasi semula ke dalam komuniti dan memberikan peluang kedua kepada mereka," katanya berucap sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-38 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

#KDN_TogetherWeAreOne

May be an image of 1 person and text that says 'Akta baharu fokus inisiatif pulih, rawat penagih dadah Langkah beri bangsaan Ke-38 disiarkan langsung melal

ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2021 3.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM