Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kelonggaran Untuk Calon Spm Di Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: 20 Feb 2021 1.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 20 Februari 2021 - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang memakai seragam sekolah ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk ke pusat-pusat peperiksaan diberi kelonggaran daripada pemeriksaan polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kelonggaran-untuk-calon-spm-di-sekatan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, kebenaran itu hanya tertakluk dalam tempoh peperiksaan mulai Isnin ini hingga 25 Februari.

Katanya, ibu bapa dan calon SPM dinasihat membuat perancangan awal agar mereka tidak terganggu semasa dalam perjalanan ke pusat pemeriksaan.

"Bagi calon SPM atau ibu bapa yang membawa anak berpakaian seragam sekolah pada 22 Februari hingga Rabu depan mereka akan diberi pelepasan cepat ketika melalui SJR.

"Kelonggaran juga akan diberikan pada tarikh tertentu bagi calon yang menduduki peperiksaan subjek tambahan.

"Kita mahu memastikan semua laluan di SJR berjalan lancar untuk semua kes kecemasan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, kata Dato' Sri Acryl Sani, petugas SJR boleh menggunakan budi bicara membabitkan calon SPM yang benar-benar mengalami kecemasan sehingga mengganggu perjalanan mereka menduduki peperiksaan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2021 1.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM