
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Akta Baharu Fokus Inisiatif Pulih Rawat Penagih Dadah
Kuala Lumpur, 20 Februari 2021- Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 akan membolehkan lebih ramai penagih dan i...
Kuala Lumpur, 20 Februari 2021- Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 akan membolehkan lebih ramai penagih dan individu yang menyalahgunakan dadah dipulihkan, bukannya dipenjarakan.
Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, tahun ini dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan akan direalisasikan melalui penggubalan rang undang-undang baharu itu.
Beliau berkata, ia bagi mengelakkan stigma masyarakat yang memandang negatif individu terbabit menyalahgunakan dadah dan golongan penagih.
"Selain itu, ia juga memudahkan integrasi semula ke dalam komuniti dan memberikan peluang kedua kepada mereka," katanya berucap sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-38 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
#KDN_TogetherWeAreOne