Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan 832 9kg Dadah Pelbagai Jenis Bernilai Rm118 Juta Dirampas

Published: 20 Jan 2025 7.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 20 Januari 2025 - Polis membongkar kegiatan pemprosesan dadah disyaki didalangi sindiket antarabangsa menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 16 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-832-9kg-dadah-pelbagai-jenis-bernilai-rm118-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Shah Alam, 20 Januari 2025 - Polis membongkar kegiatan pemprosesan dadah disyaki didalangi sindiket antarabangsa menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 16 Januari lalu.

Dalam serbuan itu, sejumlah 832.9 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dianggar bernilai hampir RM118 juta dirampas.

Turut dirampas 15 pucuk pistol, satu laras sub mesingan dan 900 butir peluru.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin, berkata 12 yang ditahan membabitkan seorang lelaki warga tempatan, 10 lelaki warga Taiwan dan seorang wanita warga Thailand berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Serbuan pertama dilakukan pada jam 2.20 petang di sebuah gudang di Taman Industri Alam Jaya 2, Puncak Alam yang mana lapan lelaki warga Taiwan disyaki berperanan sebagai 'ahli kimia' sedang memproses dadah.

“Pemeriksaan menemukan 306kg dadah jenis Erimin 5, 183.7kg Ektasi, peralatan memproses dadah dan pelbagai jenis bahan kimia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text that says '832.9kg dadah pelbagai jenis bernilai RM118 juta dirampas berperanan mia' ki- dadah. IeTCR Dalang sind
ArticlePublished 20 Jan 2025 7.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM