Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Pakaian Terpakai Lori Rm1 3 Juta

Diterbitkan: 20 Jan 2025 5.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tumpat, 20 Januari 2025 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas pakaian terpakai termasuk lori bernilai RM1.3 juta selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di pangkalan haram, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-pakaian-terpakai-lori-rm1-3-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:57 MYT
Tumpat, 20 Januari 2025 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas pakaian terpakai termasuk lori bernilai RM1.3 juta selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di pangkalan haram, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Serbuan pukul 4.30 petang itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan oleh sepasukan anggota yang telah ternampak beberapa lelaki sedang memunggah barang dari lori ke dalam bot.

Komander Briged Tenggara, SAC Dato’ Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota bertugas, kesemua suspek telah bertindak melarikan diri dengan meninggalkan pemandu lori di lokasi.

Menurutnya, pemandu lori berusia 22 tahun tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditangkap oleh anggota bertugas.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan lebih 100 guni pakaian terpakai ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pakaian tersebut tersebut ke Thailand menggunakan laluan tidak sah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2025 5.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM