Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Tiga Tan Sri Dan Datuk Dalang Kartel Dadah Dalam Radar Polis

Published: 28 Feb 2021 11.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 28 Februari 2021 - Polis mengenal pasti tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk yang disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-tiga-tan-sri-dan-datuk-dalang-kartel-dadah-dalam-radar-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:13 MYT

Kuala Lumpur, 28 Februari 2021 - Polis mengenal pasti tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk yang disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini.

Siasatan awal polis juga mendapati mereka berselindung di sebalik aktiviti perniagaan sah seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanapun, aktiviti perniagaan sah yang dimiliki tiga individu berusia 45 tahun ke atas itu dipercayai hanya alasan bagi menutup kegiatan utama iaitu terbabit dalam kegiatan pengedaran Kokain ke luar negara.

Mereka juga tidak menggunakan khidmat kakitangan yang terbabit dalam perniagaan sah untuk aktiviti 'perniagaan' pengedaran dan penyeludupan dadah bagi mengelak rahsia bocor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato' Razarudin Husain berkata, individu bergelar Tan Sri dan Datuk itu mempunyai kakitangan lain untuk melaksanakan perniagaan dadah mereka dari proses membawa masuk dadah menggunakan perairan negara, penyimpanan sehinggalah pengedaran ke luar negara.

Bacaan lanjut di pautan, https://www.bharian.com.my/…/dalang-edar-dadah-3-tan-sri-da…

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Tiga Tan Sri Dan Datuk Dalang Kartel Dadah Dalam Radar Polis
ArticlePublished 28 Feb 2021 11.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM