Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 28 Feb 2021 9.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,031 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210228
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:08 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,031 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,052 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,736 anggota telah membuat pemantauan di 6,055 buah restoran, pasar raya (4,556), bank (3,923), penjaja (2,264), pasar awam/tani (2,000), kilang (1,549) dan pejabat kerajaan (757).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,558), tempat riadah (1,506),
terminal pengangkutan darat (1,296), terminal pengangkutan air (277) dan terminal pengangkutan udara (99).

Semalam, seramai 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 472 dikompaun manakala 37 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Aktiviti Pusat Hiburan (114)
 Tidak memakai pelitup muka (94)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (92)
 Tiada penjarakan fizikal (91)
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (58)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (44)
 Aktiviti Perjudian (2)
 Ingkar arahan kuarantin (1)
 Lain-lain (13)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (28 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28022021

May be an image of 1 person, standing and text
ArtikelDiterbitkan 28 Feb 2021 9.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM