Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Melaka Tumpas Sindiket Edar Dadah Dengan Nilai Rampasan Hampir Rm835 000

Diterbitkan: 22 Nov 2022 1.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Melaka, 22 November 2022 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki bersama sejumlah dadah Syabu berat kira-kira 23 kilogram bernilai RM834,768, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-melaka-tumpas-sindiket-edar-dadah-dengan-nilai-rampasan-hampir-rm835-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Melaka, 22 November 2022 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki bersama sejumlah dadah Syabu berat kira-kira 23 kilogram bernilai RM834,768, tengah malam tadi.

Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Zainol Hj. Samah berkata, serbuan dilakukan sepasukan 18 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Johor di tepi jalan di kawasan Pulau Melaka, kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, ketika ditahan suspek warga tempatan berasal dari Johor dan berusia 50 tahun itu sedang menunggu di dalam kereta Proton Saga BLM.

"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas anggota serbuan dan pemeriksaan lanjut polis menemui tiga beg galas berwarna hitam dan celoreng di dalam but kereta itu.

"Pemeriksaan lanjut didapati beg galas hitam itu mengandungi tujuh bungkusan teh Cina berwarna kuning berisi dadah Syabu berat kasar, 7.38 kilogram (kg).

"Dua lagi beg celoreng berisi tujuh dan lapan bungkusan teh Cina berwarna kuning mengandungi dadah Syabu anggaran berat 7.38 kg dan 8.34 kg," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-tumpas-sindiket-edar...

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Melaka Tumpas Sindiket Edar Dadah Dengan Nilai Rampasan Hampir Rm835 000
ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2022 1.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM