Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pasca Pru 15 Pdrm Buka 515 Kertas Siasatan 180 Kes Telah Dirujuk Tpr Enam Dituduh Dan Empat Individu Dijatuhi Hukuman

Diterbitkan: 22 Nov 2022 8.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh bermula 4 November hingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pasca-pru-15-pdrm-buka-515-kertas-siasatan-180-kes-telah-dirujuk-tpr-enam-dituduh-dan-empat-individu-dijatuhi-hukuman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:27 MYT
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Pasca Pru 15 Pdrm Buka 515 Kertas Siasatan 180 Kes Telah Dirujuk Tpr Enam Dituduh Dan Empat Individu Dijatuhi Hukuman
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Pasca Pru 15 Pdrm Buka 515 Kertas Siasatan 180 Kes Telah Dirujuk Tpr Enam Dituduh Dan Empat Individu Dijatuhi Hukuman

Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh ber...
Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh bermula 4 November hingga semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 453, diikuti Selangor (449), Pahang (433), Kelantan (432); Perak (335) serta Johor (304).

Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214), Sabah (120), Sarawak (88), Pulau Pinang (85), Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya dengan enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.

Sementara itu, Dato' Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berkata semalam, enam kertas siasatan telah dibuka melibatkan dua di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor serta Sabah.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2022 8.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM