Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Bukit Aman Pertingkat Serbuan Buru Ketua Sindiket Dadah Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 21 May 2022 12.24 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-bukit-aman-pertingkat-serbuan-buru-ketua-sindiket-dadah-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:10 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan untuk memburu ketua-ketua sindiket dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa.

Katanya, sejak beliau mengambil alih JSJN baru-baru ini, tumpuannya adalah untuk menangkap tokan-tokan dadah berkenaan.

“Untuk makluman dalam tempoh empat bulan ini, JSJN dalam Op Tapis telah menahan 1,500 tokan dadah di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran JSJN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata JSJN menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin supaya sindiket pengedaran dadah diperangi habis-habisan untuk menjamin masa depan remaja di negara ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Bukit Aman pertingkat serbuan, buru ketua sindiket dadah
ArtikelDiterbitkan 21 May 2022 12.24 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM