Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Op Gasak Laut Esscom Roboh Struktur Haram Elak Digunakan Penjenayah

Diterbitkan: 21 May 2022 2.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seramai 120 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan serta pasukan keselamatan di Kudat, Sabah telah diatur gerak bagi mengesan dan merobohkan struktur atau penempatan haram yang dibina di kawasan yang telah dikenal pasti.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-op-gasak-laut-esscom-roboh-struktur-haram-elak-digunakan-penjenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT
Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diketuai oleh Komandernya, DCP Hamzah Ahmad telah melancarkan Op Gasak Laut bagi merobohkan struktur haram yang sering digunakan sebagai tempat persinggahan oleh penjenayah sebelum melakukan kegiatan menyalahi undang-undang negara termasuk jenayah rentas sempadan.

Seramai 120 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan serta pasukan keselamatan di Kudat, Sabah telah diatur gerak bagi mengesan dan merobohkan struktur atau penempatan haram yang dibina di kawasan yang telah dikenal pasti.

Ikuti laporan khas yang disediakan wakil TV3 Sabah, Mohd Yazzer Mahmun yang menyertai operasi bersama ESSCOM dan pasukan keselamatan yang lain di sekitar kawasan Kudat dan Tawau, Sabah baru-baru ini.

Sumber: Buletin TV3

Pautan Video di:
https://www.facebook.com/watch/?v=698837174734683
ArtikelDiterbitkan 21 May 2022 2.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM