Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Anggota Trafik Jumpa Lebih 100 Kilogram Ganja Di Tepi Jalan

Published: 27 Dec 2022 2.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 27 Disember 2022 - Pasukan penguatkuasa trafik menjalankan tugas ‘Snapcheck’ menemukan dadah jenis Ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang dtinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-anggota-trafik-jumpa-lebih-100-kilogram-ganja-di-tepi-jalan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT
Kuala Terengganu, 27 Disember 2022 - Pasukan penguatkuasa trafik menjalankan tugas ‘Snapcheck’ menemukan dadah jenis Ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang dtinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menjalankan ‘Snapcheck’ bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.

"Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

"Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis Ganja," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 27 Dec 2022 2.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM