
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Anak Nelayan Dianugerah Pelatih Terbaik Kor Suksis
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Kajang, 28 Disember 2022 - Seorang anak nelayan dan pembantu kedai runcit dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Skuad 15/2019-2022 Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Menurutnya, cabaran terbesar sepanjang tiga tahun menyertai Kor SUKSIS adalah perlu membahagikan masa antara tanggungjawab hakiki sebagai siswa untuk pelajaran akademik dan program dalam Kor SUKSIS berkenaan.
“Selama tiga tahun saya di Kor SUKSIS UKM, banyak pihak membantu dan mendidik saya terutama sekali pegawai kehormat, pegawai kanan dan jurulatih.
“Sedikit sebanyak dapat membantu saya mendisiplinkan diri saya dalam menguruskan masa dan terutama sekali saya dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu kepolisan untuk berkongsi dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS UKM, di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.