Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Umno Hargai Jasa Pasukan Keselamatan

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kuala Lumpur - 9 September 2008. Majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-umno-hargai-jasa-pasukan-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:07 MYT

Kuala Lumpur - 9 September 2008. Majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis tahunan itu diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota dan pegawai pasukan keselamatan negara yang bertugas pada hari lebaran.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz. tujuan menyampaikan sumbangan tersebut adalah untuk mengubati hati para anggota dan pegawai pasukan keselamatan yang bertugas samada di dalam mahu pun di luar negara pada hari lebaran ini.

"Sumbangan yang tidak seberapanya ini adalah diharapkan menjadi penyuntik semangat kepada mereka semasa bertugas di samping meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara pasukan keselamatan dan Wanita UMNO", ujar Tan Sri Rafidah lagi ketika berucap yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam ucapannya, Tan Sri Rafidah turut berharap agar perpaduan antara kaum di negara ini hendaklah dipereratkan lagi dan usah diperbesarkan perkara yang remeh sehingga boleh membawa bencana kepada negara.

"Setiap warganegara Malaysia hendaklah sentiasa mengeratkan perpaduan, hindarkan pergeselan antara kaum dan wujudkan persefahaman yang kuat demi kesejahteraan negara yang tercinta ini", kata Tan Sri Rafidah lagi.

Pada majlis itu juga Tan Sri Rafidah turut menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengambil berat dalam mendidik anak-anak dan menjaga keselamatan mereka setiap masa.

Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj. Zainal Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara telah menerima sumbangan tersebut daripada Tan Sri Rafidah Aziz.

Wanita Umno Hargai Jasa Pasukan Keselamatan
Tan Sri Rafidah Aziz Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

Wanita Umno Hargai Jasa Pasukan Keselamatan
Ceria ...... menyaksikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

Wanita Umno Hargai Jasa Pasukan Keselamatan
Bergambar kenangan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada PDRM dan ATM di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM