Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Pulau Lagenda, Pulau Langkawi telah menjadi pilihan krew Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM, dengan memfokuskan penugasan pegawai dan anggota..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-khas-selamat-pagi-malaysia-rtm-dan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:04 MYT

Pulau Langkawi - 10 September 2008. Program Khas 'Selamat Pagi Malaysia' Radio TV Malaysia (RTM) dan Polis Diraja Malaysia sempena ramadhan dan Hari Raya bersama pegawai dan anggota telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi  dan Pangkalan Polis Marin Bukit Malut, Langkawi.

Krew 'Selamat Pagi Malaysia' seramai enam orang telah diketuai oleh Encik Sahaludin bin Hj. Idris, Penerbit Program SPM (RTM) dan Cawangan Perhubungan Awam pula diketuai oleh ASP Arshad bin Mat, Ketua Unit Media Elektronik.

Pulau Lagenda, Pulau Langkawi telah menjadi pilihan krew Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM, dengan memfokuskan penugasan pegawai dan anggota dari Cawangan Jenayah, Cawangan Trafik dan juga Polis Marin.

Ibadah puasa adalah rukun Islam yang ke 3, dimana bulan yang penuh kemuliaan  ini turut memberi seribu kerahmatan dan hikmah daripada Allah s.w.t. bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa ini. Krew Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM, berpeluang menghayati perlaksanaan penugasan sambil  menunaikan ibadah puasa dikalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang beragama Islam di bulan ramadhan ini.

Di rancangan ini juga dipaparkan realiti kehidupan pegawai dan anggota yang bertugas, tidak mengira masa dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh bersemangat sebagai penguatkuasaan undang-undang tanpa dibayangi oleh dugaan atau cabaran ketika menunaikan ibadah puasa. Bagi semua pegawai dan anggota polis yang beragama Islam, ibadah puasa bukanlah satu halangan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan cemerlang malah bulan ramadhan sebenarnya memberi mereka lebih ruang untuk menguji kekuatan diri selain menambah amalan dan pahala yang menjadi tuntutan agama.
" Syaaban adalah satu bulan mengandungi banyak keutamaan dan kebaikan dimana nilai kebajikan akan dilipat gandakan bagi mereka yang sungguh-sungguh beribadat serta melakukan amal salih"

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Mesyuarat Penyelarasan Program Khas 'Selamat Pagi Malaysia' di Bilik Gerakan IPD Langkawi

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Insp Mohd Fairuz bin Mohd Ghazi memberi taklimat penugasan kepada anggotanya sebelum keluar tugas

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Pegawai dan anggota dari Cawangan Jenayah IPD Langkawi mengucapkan Selamat Hari Raya

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Krew SPM membuat pengambaran ucapan Hari Raya di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Kuah

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Kpl Megat Munir dari Unit Media Elektronik, merakamkan ucapan Selamat Hari Raya untuk rancangan radio 'Polis dan Anda'

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Ucapan...Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Unit Pencegah Penyeludupan Kedah

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Cenderahati... Encik Sahaludin bin Hj. Idris, Penerbit Program SPM (RTM) menyampaikan cenderahati dari pihak penaja kepada YDH Supt. Mohd Ali bin Jamaludin, Ketua Polis Daerah Langkawi

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Anggota Polis Marin Langkawi menunjukkan kecekapan membanteras penyeludupan dengan menggunakan jet ski dan bot ronda kelas RHFB

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Penugasan...rondaan dan pemeriksan di perairan Pulau Langkawi dan juga perairan Malaysia / Thailand

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Berbuka puasa... pegawai dan anggota Polis Marin Langkawi berbuka puasa di atas bot PX 2, KPD Temenggong

Program Khas Selamat Pagi Malaysia Rtm Dan Pdrm
Krew Selamat Pagi Malaysia bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota Polis Marin Langkawi

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM