Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Thailand Ditahan Bersama 2 42 Kg Syabu

Published: 10 Sep 2014 6.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan polis dari Balai Polis Changloon, Kedah telah menahan seorang wanita warganegara Thailand semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah di stesen bas Changloon, Jitra, Kedah pada 3 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-thailand-ditahan-bersama-2-42-kg-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:28 MYT

Kuala Lumpur, 10 Sept – Sepasukan polis dari Balai Polis Changloon, Kedah telah menahan seorang wanita warganegara Thailand semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah di stesen bas Changloon, Jitra, Kedah pada 3 September lalu.

Wanita tersebut ditahan setelah pemeriksaan dijalankan ke atasnya dan pihak polis telah menemui 2.42 kilogram syabu dalam beg pakaian yang dibawanya.

Hasil rampasan dadah dianggarkan bernilai RM300,000.         

Suspek yang berusia 33 tahun itu kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang lain.

Tangkapan ini telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu yang diseludup masuk dari Thailand ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam oleh warganegara Thailand.

ArticlePublished 10 Sep 2014 6.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM