Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Makmal Proses Dadah Diserbu

Diterbitkan: 10 Sep 2014 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Bukit Jelutong, Pulau Pinang telah diserbu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau pinang ekoran penahanan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam pada 4 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-proses-dadah-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:09 MYT

Kuala Lumpur, 10 Sept – Sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Bukit Jelutong, Pulau Pinang telah diserbu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau pinang ekoran penahanan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam pada 4 September lalu.

Serbuan ini turut melibatkan rampasan dadah berupa 4.8 kilogram (kg) heroin, 1.9 kg syabu, 1,100 biji pil eramin 5, 2,400 biji pil WY (pil kuda), 4,490 biji pil ekstasi dan 33kg Ephedrin yang dijumpai di dalam rumah tersebut.

Pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai dan sebuah motosikal yang digunakan oleh suspek.

Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1.93 juta dan kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan operasi ini telah berjaya menumpaskan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Jelutong, Pulau Pinang.

ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2014 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM