Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Sembunyi Ganja Dalam Coli

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil kecekapan dan pemeriksaan rapi ke atas tubuh badan suspek oleh Pegawai Penyiasat Wanita, dadah jenis ganja seberat satu gram berjaya ditemui dicelah-celah coli yang dipakainya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-sembunyi-ganja-dalam-coli
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:35 MYT

SEGAMAT 10 Jun 2010 – Taktik seorang wanita yang cuba memperdaya anggota polis dengan menyorok satu gram dadah jenis ganja dalam colinya terbongkar apabila dia berjaya diberkas di Pekan Jabi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Majid Mohd. Ali berkata, wanita berusia 29 tahun yang merupakan ibu tunggal itu menyimpan dadah berkenaan di celah-celah coli yang dipakainya bagi mengelak dikesan polis.

‘‘Semasa serbuan dibuat pada pukul 4 petang, pemeriksaan di seluruh kediaman suspek tidak menemui sebarang dadah.

“Namun, hasil kecekapan dan pemeriksaan rapi ke atas tubuh badan suspek oleh Pegawai Penyiasat Wanita, dadah jenis ganja seberat satu gram berjaya ditemui,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdul Majid, penahanan suspek wanita itu dibuat ekoran tangkapan seorang lelaki berusia 39 tahun di Felda Chempelak, Labis di sini pada pukul 2.25 pagi hari yang sama.

“Suspek lelaki ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah dan pemeriksaan di rumahnya menemui dadah jenis heroin seberat 144 gram.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut memberitahu suspek wanita berkenaan merupakan orang perantaraan dalam kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Katanya, suspek wanita itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara selama 2 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau memberitahu, suspek lelaki pula ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

“Siasatan lanjut terhadap suspek lelaki ini mendapati dia memiliki tujuh rekod jenayah lampau termasuk dua kes penyalahgunaan dadah,” katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM