Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemuda Iran Ditahan Seludup Syabu Bernilai Rm225 000

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM 15 Jun - Seorang pemuda Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah cuba menyeludup hampir 900 gram syabu bernilai RM225,000, Jumaat lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemuda-iran-ditahan-seludup-syabu-bernilai-rm225-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT

SHAH ALAM 15 Jun - Seorang pemuda Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah cuba menyeludup hampir 900 gram syabu bernilai RM225,000, Jumaat lalu.

Daripada jumlah itu, 330 gram syabu ditemui di dalam bentuk 36 ketulan yang dibungkus plastik dan dilekatkan pada bahagian pinggang seluarnya, manakala bakinya ditelan dalam bentuk kapsul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, lelaki berusia 30 tahun yang tiba dari Dubai kira-kira pukul 3 petang itu menjadi perhatian polis apabila dilihat mencurigakan di kawasan lapangan tersebut.

"Ekoran itu anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menahannya dan hasil pemeriksaan ditemui sejumlah syabu pada bahagian pinggang seluarnya.

"Hasil ujian x-ray pula mendapati suspek turut menelan 64 kapsul dipercayai syabu dan telah dikeluarkan dalam tempoh tiga hari di Hospital Serdang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

ACP Nordin berkata, suspek ditahan reman sehingga 19 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM