Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita

Diterbitkan: 12 Jun 2014 5.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Inisiatif Engage Housewives In Neighbourhood Safety Through A Specially Designated Female Staff In Each Balai' Polis Wanita Sebagai 'Peace Lady' atau dikenali sebagai AMANITA yang mana PDRM akan mengh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-perangi-jenayah-melalui-amanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 04:04 MYT
Oleh : L/Kpl Edwind Indo

".....'Inisiatif Engage Housewives In Neighbourhood Safety Through A Specially Designated Female Staff In Each Balai' Polis Wanita Sebagai "Peace Lady" atau dikenali sebagai AMANITA yang mana PDRM akan menghubungkan para AMANITA ini dengan persatuan-persatuan penduduk di daerah masing-masing dengan satu matlamat, iaitu untuk mengatur dan memastikan keselamatan dan ketenteraman jiran di kawasan tersebut" - YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

KUALA LUMPUR, 5 Januari – Ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara di dalam Satu Majlis Penutupan Bengkel NBOS Inisiatif Engage Housewives In Neighbourhood Safety Through A Specially Designated Female Staff In Each Balai (AMANITA) yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, petang tadi.

Seramai 166 pegawai dan anggota polis wanita telah pun dilantik, yang digelar sebagai "Peace Lady", atau nama singkatannya "AMANITA". Bengkel "Engage Housewives In Neighbourhood Safety" melalui AMANITA ini telah bermula pada 3 Februari lalu, membabitkan 4 Kontinjen iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan ke atas peranan dan tanggungjawab kepada ahli-ahli AMANITA dalam usaha mendekati dan berhadapan dengan masyarakat luar terutamanya golongan suri rumahtangga dan wanita. Matlamat utama AMANITA adalah mejadi saluran alternatif kepada golongan sasaran tadi yang menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan segala bentuk maklumat berunsur jenayah yang berlaku di sekitar dan di dalam komuniti mereka.

"Maka, dengan adanya engagement atau penyertaan daripada para suri rumahtangga melalui Amanita ini, ia akan menambah keberkesanan di dalam usaha memerangi jenayah, dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak polis. Apa yang penting, para AMANITA ini perlu menjalankan tanggungjawab untuk menanamkan kepada para suri rumahtangga ini akan peri pentingnya peranan mereka di dalam melaksanakan “Neighbourhood Safety", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara lagi.

"Para suri rumah tangga ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan panduan tentang cara mempertahankan keselamatan diri, harta dan juga keselamatan kejiranannya. Ini dapat dicapai dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan dialog, bagi mengeratkan hubungan di antara AMANITA dan para suri rumah tangga", YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan penutupan beliau.

Turut hadir adalah YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merangkap Stakeholder AMANITA, YDH CP Dato Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA, YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, YDH Ketua-Ketua Polis Kontinjen, Pegawai Kanan Polis dan peserta AMANITA.

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Pameran kunci tambahan keselamatan dan buku pencegahan jenayah

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Ketibaan YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Ketibaan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Taklimat ringkas mengenai alat alarm kecemasan bagi golongan wanita

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Buku Melawat

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Dari kiri... YDH Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam, YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA dan YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Antara yang hadir

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Pembentangan rumusan bengkel oleh ACP Sasikala Devi A/P Subramaniam selaku Owner AMANITA

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Ucapan penutupan oleh YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penceramah Jemputan

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Sijil Penghargaan kepada DSP Lai Lee Ching, Pegawai Penyelidik Perancang Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam PDRM

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Penyampaian Watikah Lantikan Peace Lady (AMANITA)

Wanita Perangi Jenayah Melalui Amanita
Cenderahati buku "A Woman Personal Defense - Manual Handbook" dikarang oleh Encik Eric Chew bersama Encik Micheal Edward
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 5.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM