Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM mewujudkan polisi 'child friendly' sebagai pendekatan khas dalam mengendalikan kes-kes sensitif melibatkan mangsa atau saksi yang terdiri daripada kanak-kanak...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-mca-melawat-ke-pusat-rakaman-keterangan-kanak-kanak-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:02 MYT

Kuala Lumpur, 16 Mac 2011 - PDRM mewujudkan polisi 'child friendly' sebagai pendekatan khas dalam mengendalikan kes-kes sensitif melibatkan mangsa atau saksi yang terdiri daripada kanak-kanak.

DSP Norisah binti Ab. Hamid, Ketua Pusat Rakaman Keterangan Kanak-kanak (PRKK) PDRM dalam taklimatnya menambah, pendekatan ini menggunakan kaedah pembujukan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa atau saksi untuk memberikan maklumat berkenaan sesuatu kes jenayah.

Taklimat tersebut sempena Lawatan Kerja Wanita MCA Selangor yang diketuai oleh YB Senator Chew Lee Giok yang juga merupakan Setiausaha Agung Wanita MCA Kebangsaan ke PRKK hari ini.

Menurutnya lagi, tidak seperti orang dewasa di mana keterangan lisan atau video mereka direkodkan di balai-balai untuk membantu siasatan, kaedah berbeza pula digunakan terhadap kanak-kanak. Keterangan kanak-kanak tersebut direkod dalam bentuk rakaman video di mana sebelumnya mereka distimulasi dengan persekitaran yang 'mesra kanak-kanak' di sini.

Mereka (kanak-kanak) ditempatkan di ruang atau bilik-bilik khas yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan hiburan kanak-kanak bagi meneutralkan situasi psikologi mereka yang trauma dan terganggu dengan kejadian jenayah yang dialami.

Seterusnya mereka akan melalui proses rakaman dan hasilnya akan dirujuk ke mahkamah sebagai bahan untuk membantu proses pengendalian sesuatu kes jenayah itu.

Lawatan kerja Wanita MCA ini berakhir sekitar jam 10 pagi dan disusuli dengan lawatan ke Muzium PDRM.

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
DSP Norisah binti Ab Hamid menyampaikan taklimat berkenaan penugasan Bahagian D11 dan PRKK kepada
Wanita MCA Selangor

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
DSP Norisah binti Ab Hamid berbincang bersama YB Senator Chew Lee Giok, Setiausaha Agung Wanita MCA Malaysia
 
Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
TENANG..Persekitaran 'mesra kanak-kanak' yang terdapat di PRKK.

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
DSP Norisah binti Ab. Hamid mewakili PDRM menerima cenderahati daripada Setiausaha Agung Wanita MCA Malaysia. 

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
Gambar kenangan antara Pegawai-pegawai PRKK dan Wanita MCA Selangor.

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
Lawatan Wanita MCA ke Muzium Polis DiRaja Malaysia PDRM.

Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
Wanita MCA Selangor bergambar kenangan di Muzium Polis Kuala Lumpur.


Wartawan:      Kons Irfan bun Bujang
Jurufoto:        Kons Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting:    C/Insp Norsuzila bt. Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM