Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jumlah Pengasingan Pelatih Pulapol Kl Menurun Aktiviti Luar Masih Berjalan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, YDH Senior Asistan Komisioner Zulkifli bin Mohamed pagi ini telah membuat sidang media di sini bagi memberi laporan terkini berkenaan penularan vir..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jumlah-pengasingan-pelatih-pulapol-kl-menurun-aktiviti-luar-masih-berjalan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT

Bukit Aman, 16 Mac 2011 - "PULAPOL KL telah mengambil langkah yang ekstensif terutama melibatkan kebersihan atas nasihat Kementerian Kesihatan dengan menumpukan kepada beberapa tempat seperti dewan makan, asrama, kediaman staf, dan zon latihan",ucap YDH Senior Asisten Komisioner Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. 

Dalam sidang media yang diadakan,  beliau memberikan laporan terkini berkenaan penularan virus ADENOVIRUS di PULAPOL KL dan sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 617 pelatih telah diasingkan di PULAPOL KL dan 40 pelatih yang lain masih menerima rawatan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana pecahannya adalah seperti berikut :

Pengasingan di PULAPOL KL
Pelatih Inspektor Lelaki - 280
Pelatih Inspektor Wanita - 217
Pelatih Konstabel - 106
Staf - 14

Menerima rawatan di HKL
Pelatih Inspektor Lelaki - 16 (1 di ICU)
Pelatih Inspektor Wanita - 19
Pelatih Konstabel - 4 (1 di ICU)
Staf - 1

Semasa ditanya oleh pemberita, SAC Zulkifli memberitahu bahawa pelatih PULAPOL KL yang sihat dibenarkan menjalani aktiviti riadah walaupun sesi latihan digantung sementara waktu dan pasukan dari Kementerian Kesihatan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Bagi keluarga pelatih pula, larangan melawat oleh pihak hospital adalah bertujuan mengelakkan penularan jangkitan virus tersebut daripada berlaku namun pihak PULAPOL KL membenarkan mereka berhubung melalui telefon. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan yang sentiasa membantu pihak PULAPOL KL bagi memastikan keadaan di sana selamat dan terkawal.

Jumlah Pengasingan Pelatih Pulapol Kl Menurun Aktiviti Luar Masih Berjalan
YDH Senior Asistan Komisioner Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL KL semasa mengadakan sidang media di
Bukit Aman.

Jumlah Pengasingan Pelatih Pulapol Kl Menurun Aktiviti Luar Masih Berjalan
Gambar terkini - YDH Komandan PULAPOL KL menunjukkan gambar aktiviti luar bagi pelatih yang sihat masih berjalan seperti biasa.

Wartawan : L/Kpl Baharin
Gambar    : L/Kpl Shahreel

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM