Wanita Mca Melawat Ke Pusat Rakaman Keterangan Kanak Kanak Pdrm
Kuala Lumpur, 16 Mac 2011 - PDRM mewujudkan polisi 'child friendly' sebagai pendekatan khas dalam mengendalikan kes-kes sensitif melibatkan mangsa atau saksi yang terdiri daripada kanak-kanak.
DSP Norisah binti Ab. Hamid, Ketua Pusat Rakaman Keterangan Kanak-kanak (PRKK) PDRM dalam taklimatnya menambah, pendekatan ini menggunakan kaedah pembujukan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa atau saksi untuk memberikan maklumat berkenaan sesuatu kes jenayah.
Taklimat tersebut sempena Lawatan Kerja Wanita MCA Selangor yang diketuai oleh YB Senator Chew Lee Giok yang juga merupakan Setiausaha Agung Wanita MCA Kebangsaan ke PRKK hari ini.
Menurutnya lagi, tidak
seperti orang dewasa di mana keterangan lisan atau video mereka
direkodkan di balai-balai untuk membantu siasatan, kaedah berbeza pula
digunakan terhadap kanak-kanak. Keterangan kanak-kanak tersebut direkod
dalam bentuk rakaman video di mana sebelumnya mereka distimulasi dengan
persekitaran yang 'mesra kanak-kanak' di sini.
Mereka
(kanak-kanak) ditempatkan di ruang atau bilik-bilik khas yang
dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan hiburan kanak-kanak bagi
meneutralkan situasi psikologi mereka yang trauma dan terganggu dengan
kejadian jenayah yang dialami.
Seterusnya mereka akan melalui proses rakaman dan hasilnya akan dirujuk ke mahkamah sebagai bahan untuk membantu proses pengendalian sesuatu kes jenayah itu.
Lawatan kerja Wanita MCA ini berakhir sekitar jam 10 pagi dan disusuli dengan lawatan ke Muzium PDRM.

DSP Norisah binti Ab Hamid menyampaikan taklimat berkenaan penugasan Bahagian D11 dan PRKK kepada
Wanita MCA Selangor

DSP Norisah binti Ab Hamid berbincang bersama YB Senator Chew Lee Giok, Setiausaha Agung Wanita MCA Malaysia

TENANG..Persekitaran 'mesra kanak-kanak' yang terdapat di PRKK.

DSP Norisah binti Ab. Hamid mewakili PDRM menerima cenderahati daripada Setiausaha Agung Wanita MCA Malaysia.

Gambar kenangan antara Pegawai-pegawai PRKK dan Wanita MCA Selangor.

Lawatan Wanita MCA ke Muzium Polis DiRaja Malaysia PDRM.

Wanita MCA Selangor bergambar kenangan di Muzium Polis Kuala Lumpur.
Wartawan: Kons Irfan bun Bujang
Jurufoto: Kons Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: C/Insp Norsuzila bt. Kamaruldin