Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Hamil 4 Bulan Meragut Bersama Suami

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
WANITA MENGANDUNG KAKI RAGUT : Walaupun sedang hamil empat bulan, ia tidak menghalang seorang wanita untuk terlibat dalam kes ragut bersama suami dan seorang rakan jenayah mereka di sekitar bandar ray..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-hamil-4-bulan-meragut-bersama-suami
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT

MIRI 1 Dis. - Walaupun sedang hamil empat bulan, ia tidak menghalang seorang wanita untuk terlibat dalam kes ragut bersama suami dan seorang rakan jenayah mereka di sekitar bandar raya ini dan Bintulu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang dipercayai terlibat dalam tiga kes jenayah ragut barang kemas penghujung bulan lalu melibatkan kerugian lebih RM25,000 ditahan polis, malam tadi.

Wanita berkenaan dan suaminya ditahan di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, manakala rakan mereka ditahan di kawasan kedai di Permyjaya dekat sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini, selain sering berulang-alik ke Bintulu untuk melakukan jenayah yang sama.

Menurut sumber polis, dalam kejadian pada 22 November lalu, seorang wanita yang berjalan seorang diri di Taman Tunku di sini, kerugian kira-kira RM3,000 selepas rantai emasnya diragut ketiga-tiga suspek.

Pada Isnin lalu, mereka sekali lagi melakukan jenayah ragut membabitkan seutas rantai dan anting-anting emas milik seorang wanita bernilai kira-kira RM2,000 di hadapan sebuah sekolah rendah di Pujut Corner dekat sini.

Katanya, suspek kemudian dipercayai bergerak ke Bintulu keesokannya dan meragut barang kemas yang dipakai seorang wanita bernilai RM20,000 sebelum balik semula ke bandar raya ini.

"Bagaimanapun polis berjaya mengesan suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan oleh ketiga-tiga mangsa ketika membuat laporan polis.

"Polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Nissan Frontier, dipercayai milik suspek yang digunakan dalam kegiatan jenayah mereka," katanya.

Sumber polis memberitahu, polis turut menahan tiga pemilik kedai emas di sebuah pasar raya di Permyjaya kerana bersubahat membeli barang kemas yang diragut.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM