Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Dalam Video Tular Adalah Pvr

Published: 06 Mar 2018 4.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis mengesahkan wanita yang menampar dan menggari dua lelaki dipercayai warga India dalam video yang tular di Facebook, sejak semalam, adalah anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-dalam-video-tular-adalah-pvr
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:41 MYT

Polis mengesahkan wanita yang menampar dan menggari dua lelaki dipercayai warga India dalam video yang tular di Facebook, sejak semalam, adalah anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video bertajuk 'A Punjabi Women In Malaysia Abuses India Immigrants and Extorts She Is a Bully' membabitkan anggota polis.

"Siasatan terhadap video yang disebarkan di laman sosial itu mendapati wanita berkenaan adalah anggota PVR daerah Seremban.

"Bagaimanapun, kejadian berkenaan berlaku di sebuah restoran di Mantin, Nilai. Kes berkenaan dirujuk dan disiasat oleh polis daerah Nilai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memaparkan anggota wanita terbabit menampar dan menggari lelaki dipercayai warga India sambil disaksikan oleh beberapa lelaki lain.

Wanita itu dikatakan menyalahguna kuasa sebagai anggota sukarelawan polis untuk memeras ugut lelaki warga asing terbabit dan perbuatannya dirakam oleh rakan mangsa sebelum tular serta dikongsi 8,000 kali.

Wanita Dalam Video Tular Adalah Pvr
ArticlePublished 06 Mar 2018 4.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM